Saturday, May 28, 2011

RELEVAN KAH AKTA ANGKATAN TENTERA 1972?

Akta Angkatan Tentera 1972, adalah akta kecil yang terkandung didalam undang-undang pelembagaan Malaysia. Akta ini diguna pakai oleh organisasi tentera dan anggota yang bernaung dibawahnya. Memberi kuasa-kuasa yang tertentu kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugasnya. Tetapi adakah akta ini masih sesuai diguna pakai bulat-bulat sebagai mana ia dicipta oleh penjajah British yang terang-terang sebagai penjajah. Tidak dinafikan ada yang masih boleh diguna pakai, tetapi ada yang sudah tidak relevan dan patut dikaji kewajaranya. Setidak-tidaknya kaji balik adakah akta ini tidak melanggar HAK ASASI dan kebebasan manusia, sama seperti akta ISA, kerana ketika ini orang ramai sudah tahu hak dan kebebasan mereka. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab juga boleh menyalah gunakan kuasa yang ada pada mereka sewenag-wenagnya.

Seperti contoh anggota yang tidak hadir tanpa cuti (THTC), mereka tidak diberi pembelaan yang sewajarnya. Mereka tidak boleh mempertahankan diri. Orang yang membuat jenayah lagi teruk pun mendapat pembelaan, diberi jaminan semantara menunggu tarikh perbicaraan dan sebagainya, tapi lain pula halnya hanya kerana tidak hadir tanpa cuti, ditahan, dikurung seperti haiwan di zoo, ditarik kebebasannya dan sebagainya. Apa semuanya ini, bukanya kesalahan jenayah yang teruk dilakukan.

Fasal 5(1) Kepada Perlembagaan Persekutuan, tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Kerana itu PDRM kalau mahu menahan orang pun tidak boleh lebih dari 24jam, jika mahu menahan untuk soal siasat lebih 24 jam perlulah mendapat kelulusan dan kebenaran dari mahkamah. Jadi mereka yang ditahan atas kesalahan tidak hadir tanpa cuti ini, dikurung dalam sel seperti haiwan, sehingga berminggu-minggu sementara menunggu tarikh bicara, siapa yang beri kuasa.

Apa yang paling kejam, ada juga anggota yang THTC datang menyerah diri dengan harapan boleh berhenti pun menerima nasib yang sama, ditahan dan dikurung sementara menunggu perbicaraan. Pelik hanya arahan pegawai sahaja mereka boleh dilucut kebebasan, kalah Perdana Menteri dan ketua polis negara..

Dan apabila dibicara, mereka tidak dapat pembelaan yang sepatutnya, mereka tidak dapat membela diri dan mempertahankan hak mereka, sudah tentu mereka akan dipenjarakan tanpa mengambil kira sebab dan punca mereka THTC. Sewajarnya berilah mereka peluang untuk membela diri dan ambil kira sebab dan punca mereka bertindak sedemikian, jika benar mereka melakukan dengan sengaja, tanpa alasan yang kukuh, barulah boleh dihukum. Dan bagaimana pula punca mereka THTC, ada ke pihak menyiasat punca mereka THTC, dan apa tindakkan yang diambil. Saya percaya tidak ada penyiasatan yang sewajarnya, kalau ada mengapa perkara ini terus berlaku. Seharusnya mereka perlu diberi kebebasan untuk membela diri dan bersuara.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, ada satu kejadian kecurian wayar kabel, belum terbukti ianya dicuri, hanya kerana wayar kabel yang sepatutnya berada didalam stor, tetapi atas kecuaian yang tidak boleh dinafikan oleh manusia, wayar itu berada diluar bilik stor dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kononya mahu mendapat nama membuat laporan bahawa wayar itu telah dicuri oleh pihak-pihak tertentu. Akhirnya anggota yang belum terbukti kesalahannya baru OKT, ditahan dibilik tahanan lebih 24jam..siapa punya kuasa.

Selain itu satu lagi kes yang diketahui tapi tidak didedahkan, 4 orang anggota tentera, dikurung, didera seperti haiwan, ditahan dibilik tahanan dengan tangan dan kaki dirantai dah macam penjenayah tegar.. hanya kerana dituduh atas kesalahan menganggu teman wanita pegawainya. Boleh pulak guna kuasa ala firaun.. siapa punya kuasa, yang membenarkan mereka ini ditahan tanpa didakwa dihukum tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya...!!

Mengikut Fasal 8 (1) Kepada Perlembagaan Persekutuan mengariskan bahawa semua orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata disisi undang-undang. Banyak lagi kes-kes penyelewengan kuasa dan salah guna kuasa yang tidak didedahkan, sampai bila perkara ini akan berlaku.

Selain itu Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972 memperuntukkan kegagalan mematuhi arahan Pegawai atasan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan. Terang-terang ia boleh disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, selain itu menafikan hak anggota bawahan.

Jika arahan pegawai itu menyalahi undang-undang atau arahan yang boleh memudaratkan orang bawahan, perlukah dia taat dengan arahan itu? Semata-mata tidak mematuhi arahan, terus dipenjarakan.. orang yang tidak mematuhi arahan Allah pun diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bertaubat.

Oleh kerana itu banyak anggota yang teranaya dan ditindas dengan sesuka hati. Bagi pihak yang kaki kipas pula, ikutkan aje, sudah-sudahlah..kau senang pun dekat dunia yang sementara, tapi dosa menganayai orang lain nak ditanggung sampai mati. Sewajarnya undang-undang tentera ini perlu dikaji atau dibubarkan mana-mana yang tidak perlu, kerana dia menafikan hak orang yang benar..

Tahniah kepada seorang Staf Udara yang tidak perlu saya sebut namanya, dituduh atas kesalahan mencuri dan menjual enjin pesawat, bijak menggunakan hak kebebasan yang ada, membawa perkara ini ke mahkamah awam, akhirnya dibebaskan oleh mahkamah kerana penahanannya tidak sah.. sememangnya benar. Tapi jika dia mohon di mahkamah tentera, terang-terang akan ditolak bulat-bulat.

Kerana itu ramai anggota tentera yang menyampah dan bosan dengan pentadbiran tentera, akhirnya ramai yang berhenti separuh jalan dan ada yang melakukan jenayah untuk berhenti lagi awal dari tarikh tamat perkhidmatan, ini lah bukti dan punca mengapa dalam banyak-banyak perkhidmatan kerajaan, organisasi tenteralah khususnya tentera darat terlalu banyak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan ada yang melanggar undang-undang, semata-mata mahu menamatkan perkhidmatan. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab ambil tindakkan sewajarnya untuk menangani permasalahan ini, bukan hanya tahu menghukum. Berikan pembelaaan yang sewajarnya, dan jangan menafikan yang hak.

Kita sudah berpuluh tahun merdeka, tapi tentera masih lagi menggunakan undang-undang penjajah yang menafikan hak, selain itu sistem kasta yang diamalkan oleh organisasi tentera pun sudah tidak relevan untuk dipraktikkan lagi.

Anggota bawahan dilayan sebagai orang bawahan, pegawai atasan seperti orang atasan, tidak perlu saya perkatakan.. memang benar, sememangnya tentera memerlukan warganya mempunyai disiplin yang tinggi, tapi tidak perlu menafikan hak, kita boleh lihat bagaimana zaman Rasulullah s.a.w. Bagaimana baginda membimbing dan mengajar tentera-tentera Islam, semuanya berjuang demi ALLAH yang maha esa. Tetapi kita boleh lihat tentera kita sekarang, memang nampak berdisiplin, tapi semuanya lakonan hipokrit.

Terutama pegawai atasan, sesuka hati menindas, menggunakan pangkat untuk periuk nasi sendiri.. itulah hakikatnya tentera kita sekarang. Banyak lagi yang perlu dikaji didalam organisasi ini, tidak kiralah dari apa aspek sekalipun. Apa yang saya ketengahkan ini hanyalah kes-kes tentera semasa aman, kalau diwaktu darurat tak tahulah. Rasanya semakin banyak penyalah-gunaan kuasa, mungkin anda sebagai orang awam pun tidak terlepas. Oleh kerana itu perkara ini perlu dikaji semula, untuk menuntut keadilan kepada semua pihak..(bersambung)

56 comments:

  1. Kaji peruntukkan ini, oleh kerana perkhidmatan tentera ini adalah voluntary bukannya paksaan untuk menyertainya.Mungkin seksyen ini tidak sesuai lagi?

    ReplyDelete
  2. Ini tentera bang oi.. Kalau xnak tertakhluk dalam akta ni jgn la masuk askar awal2. Kaji otak ko dulu baru cakap.

    ReplyDelete
  3. Sabaq jala,usaha cari rezeki kot len..ak redha apa yg brlaku.alhmdllah rezeki ak ja.

    ReplyDelete
  4. Faizal Zaki : jangan bercakap seperti anda sahaja yang betul tanpa memikirkan masalah yang bakal orang lain hadapai. saya setuju dengan penulis. Perlu ke perkara kecil dijadikan sebb untuk mendera anggota lain? sedangkan pegawai atasan senang2 duduk mengarah itu ini. LLP tu juga merupakan seorang manusia. daripada apa yang saya lihat dan apa yang saya telah rasa memang dalam oraganisasi tentera ni terlalu mengikut apa yang telah diturunkan oleh British. penjajah kita yang diagong-agongkan. kenapa kita perlu mendidik tentera kita dengan cara didikan British. tidak ada cara lain ka yang lebih elok? Kenapa tidak mencontohi contoh islam. banyak perkara terbaik dalam islam. betul kata admin. askar kita di hadapan orang awam akan menunjukkan peragai yang terbaik. tapi dibelakang macam mana? saya sendiri melihat ramai anggota yang tidak menunaikan solat jumaat . solat lain tu tak tau la. kenapa tidak menerapkan agama. walau bagaimana hebat pun latihan dan peralatan yang ada tetapi hati tidak berani takot mati, tidak cukup amal dengan Allah macam mana nak hadap musuh. Mesti dalam masa darurat ramai anggota kita yang tidak berpegang kepada Allah dan menginginkan jihad syahid. Ramai yang masih mengigatkan mati, takot mati, takot tidak dapat berjumpa dengan anak2,isteri, sanak saudara. saya yakin kalau di ubah cara mendidik askar kita dengan cara islam, askar kita akan menjadi antara askar terbaik. Tidak takut pada musuh, terutamanya musuh bukan islam. mereka akan lebih yakin hadapai mereka dan sangat menginginkan jihad syahid.

    ReplyDelete
  5. ADMIN... ANDA KENA INGAT.. ANGGOTA TENTERA YANG MELAKUKAN KESALAHAN DALAM ANGKATAN TENTERA HANYA AKAN DIHUKUM MENGIKUT AKTA ANGKATAN TENTERA 1972. CARA AWAK MEMBAHASKAN DENGAN MENGAITKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TU ADALAH TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI KEPADA ANGGOTA TENTERA YANG KESALAHANNYA HANYA DALAM TENTERA JE. HARUS DI INGAT... KESALAHAN THTC HANYALAH DALAM TENTERA JE... POLIS NAK TANGKAP PUN ATAS DASAR KES APA... MELAINKAN ANGGOTA TERSEBUT SEMASA THTC TELAH MELAKUKAN KESALAHAN YANG MELIBATKAN ORANG AWAM. PEGAWAI MEMERINTAH BOLEH MELETAKKAN ANGGOTA THTC TANPA PERBICARAAN TIDAK MELEBIHI 8 HARI MENGIKUT SEKSYEN 94 (2). SOAL MENJATUHKAN HUKUM PEGAWAI MEMERINTAH MEMPUNYAI KUASA MENGIKUT SEKSYEN 2 DAN SEKSYEN 101 (1) AAT 1972, PERATURAN 4,5,6 DAN 11 PPAT (BIDANG KUASA TERUS) 1976, SESEORANG ANGGOTA TERSEBUT WALAUPUN TELAH THTC KEMUDIAN BELIAU MENDAPATI BAHAWA HAK BELIAU TELAH DINAFIKAN... ANGGOTA TERSEBUT BOLEH MEMBUAT PENGADUAN MENGIKUT SEKSYEN 171 (1). SAYA HARAP ADMIN FAHAM TENTANG AKTA ANGKATAN TENTERA 1972.... BUKAN MEMBEBANKAN LLP DAN BUKAN KELEBIHAN BAGI PEGAWAI SEBAB PEGAWAI JUGA BOLEH DITANGKAP MENGIKUT SEKSYEN YANG SAMA SEKIRANYA PEGAWAI JUGA THTC...

    ReplyDelete
  6. Ini komen orang bodoh...cakap tentang undang-undang tetapi bangang....

    ReplyDelete
  7. apebenda kau merapu ni bro. Benda ada akta sendiri, tentera ada akta 1972. jgn jd bangang.

    ReplyDelete
  8. Akta ini sememangnya relevan sehinga kiamat di mana-mana negara akta angkatan tentera memang terbaik bagi seluruh warganya di dalam ATM tentera darat..tentera laut dan tentera udara..untuk pengetahuan kamu undang-undang tentera di gunakan oleh tentera serta warganya..dia tak sama dengan ketua polis sebagai penjawat awam juga perdana menteri yang dah tentu awam untuk pengetahuan tuan admin akta angkatan tentera 1972 memang terbaik serta kementerian pertahanan ada lah direct di bawah agung dan raja-raja melayu ia tidak sama dengan seluruh agensi kementerian yang mereka terletak di bawah PM tapi tentera tidak sama dan penaung juga ketua tentera bagi ketumbukan ketiga perkhidmatan adalah DYMM sebagai MARSYAL ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ jadi klu kamu awam tak tahu apa tolong jangan campuri atau berlagak pandai memperkatakan akta ATM 1972 tidak bagus atau apa-apa kerana kamu awam hanya tertakluk pada undang-2 awam juga polis awam jesteru hormati perlembagaan dan seluruh undang-undang baik di dunia atau di akhirat..

    ReplyDelete
  9. Mansuhkan terus akta atm ni kebanyakannya merapu..kerapu..kerap kali anggota bawahan ditindas

    ReplyDelete
  10. Aku aku askar...aku nak berpencen dgn tenang

    ReplyDelete
  11. Aku aku askar...aku nak berpencen dgn tenang

    ReplyDelete
  12. Senang citer mcm ni lah. Periuk nasi dan rezeki seseorang anggota tentera dlm tgn pegawai. Tu je.

    ReplyDelete
  13. Senang citer mcm ni lah. Periuk nasi dan rezeki seseorang anggota tentera dlm tgn pegawai. Tu je.

    ReplyDelete
  14. Gua pon dah nak tamat perkhidmatan..bak kata org pantai timur x leh g dah...tu adalah kehendak rezeki masing2,Allah Maha Pemurah..kalau dlm utan skalipon kita berusaha Insyaallah ada rezekinya...

    ReplyDelete
  15. Aku cuma take suka pentadbiran tentera.. masa mula2 angkat sumpah baca kat iklan pakaian seragam dapat percuma. tapi bila minta dgn kuatermaster.. Tiada peruntukan... bila Pegawai yang minta ada pula.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Sebagai contoh. Baru² ni saya Dan beberapa orang rakan terlibat dengan Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Ulang Tahun Tentera Darat Ke 83 di Wisma ATM.
    Rakan saya telah menjawab panggilan telefon Dari isterinya... saya dapat dengar perbualannya " Abang tak boleh balik sayang... takut RSM marah... lagi pun TPTD ada...camana abg nk balik?" bila saya Tanya kenapa dengan isterinya, rakan saya menjawab isterinya sarat mengandung sakit² perut... Dan risau sebab tiada orang lain dirumah. Persoalannya... mana satu keutamaan? Isteri atau TPTD? fikir2kanlah

    ReplyDelete
  19. Sebagai contoh. Baru² ni saya Dan beberapa orang rakan terlibat dengan Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Ulang Tahun Tentera Darat Ke 83 di Wisma ATM.
    Rakan saya telah menjawab panggilan telefon Dari isterinya... saya dapat dengar perbualannya " Abang tak boleh balik sayang... takut RSM marah... lagi pun TPTD ada...camana abg nk balik?" bila saya Tanya kenapa dengan isterinya, rakan saya menjawab isterinya sarat mengandung sakit² perut... Dan risau sebab tiada orang main dirumah. Persoalannya... mana satu keutamaan? Isteri atau TPTD? fikir2kanlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. maka bodoh la kawan ko tu... kalo dah ade alasan yg kukuh... rsm pn akan bg nye..kalo rsm xbg...bo "bagi" kat rsm tu.. biar jadi kes... pastu bicara.. kalo agak xlepas ngn bicara dalam tentera...amik peguam luar....bodoh tu xsalah...sb sifat semulajadi...tp kalo buat jd mcm org bodoh...jgn tuding jari kat sape2 la bila jd pe2...

      Delete
    2. Tau lah bodoh tu free... tapi janganlah tapau semua, bagi lah kat org lain sikit. Dah alasan kukuh kata isteri sakit tengah sarat mengandung, bgtau lah cakap nak balik ada kecemasan. Kan sennag kalau bgtau...

      Delete
  20. Dan lagi... perlu me kita keluarkan duit poket untuk menjamu orang lama setelah dinaikan pangkat, sedangkan isteri Dan anak² lebih utama.

    ReplyDelete
  21. Erm...menghiburkan juga bila baca komen2 kat sini. Pada pandangan saya bagi tuan-tuan yang tak mampu bertahan dalam bidang tentera lebih baik mohon berhenti awal. Tak guna kalau kita kerja tapi dalam hati kita merungut macam2...mungkin rezeki tuan2 dalam bidang lain. Semoga dengan pengunduran tuan2 akan memberi peluang kepada anggota lain untuk meningkat. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole.ke berenti awal???
      Sembang ayat mantap...
      Xnk keje...xle.follow...berenti.
      Ramai lg nk keje... bila ada yg apply...last2 ckp...kene abiskan TTP...ni lah askar...apa pn xbole...sembang je... gaya nk mantap.... duit xda...tongtong ramai2...bg sedekah paksa..

      Delete
    2. Bole.ke berenti awal???
      Sembang ayat mantap...
      Xnk keje...xle.follow...berenti.
      Ramai lg nk keje... bila ada yg apply...last2 ckp...kene abiskan TTP...ni lah askar...apa pn xbole...sembang je... gaya nk mantap.... duit xda...tongtong ramai2...bg sedekah paksa..

      Delete
    3. Hahaa.. Bohongg lebihh.. Isap dadahlaa klau nk berhenti.. Klau mohon smpai pencen kot rase.. Haha

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Saya nak tanya kalu anggota THTC 7 hari kerana tidak melapor diri di unit baru tetapi hadir bertugas seperti biasa di unit asal. Atas akta apa hukuman terus diberi kepada anggota Guard Room selama 90 hari, tahan gaji, kopek pangkat dan nak diberhentikan dari perkhidmatan. Adakah anggota melakukan jenayah berat kerana THTC 7 hari???

    ReplyDelete
  24. Tidak salah kaji semula akta tu, yg penting ia menjamin keadilan dan hak bersama. Janganlah seperti komputer yg menuruti sahaja kehendak sistem (akta) yg dibuat oleh manusia. Persoalkan ketidakwajaran demi kebaikan.

    ReplyDelete
  25. Boleh kah kes urien positif dadah diberikan peluang kedua dlm ATM.
    Mereka adalah manusia yang tidak lekang daripada kesalahan..berilah peluang jgnlah terus ditamatkan perkhidmatan mereka kesian xtau kemana mereka nk servivor terkontang-kanting sendirian..

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum. Maaf mencelah. Boleh ke kalau askar berhenti sebelum tempoh

    ReplyDelete
  27. mᎪᏦᎥᏁ ᏞᎪmᎬ uᏁᎠᎪᏁᎶ2 ᎪsᏦᎪᏒ ᏁᎥᎬ mᎪᏦᎥᏁ ᎠᎥsᎪᏞᎪh ᎶuᏁᎪ.. umᏢᎪmᎪ ᏦᎥᏆᎬ ᏦᎬᏒjᎪ ᏢᎬᎶᎪᎳᎪᎥ bᎽᎪᏒ ᎶᎪjᎥ.. ᏞᏞᏢ xmsuᏦ bᎪᏒᎥs ᏦᎬᏁᎪ huᏦumᎪᏁ.. ᏢᎬᎶᎪᎳᎪᎥ xmᎪsuᏦ bᎪᏒᎥs?? ᏦᎬs uᏒᎥᏁ ᏢuᏞᎪ.. ᎪᏁᎶᎶᎾᏆᎪ ᏞᏞᏢ ᏦᎬᏁᎪ uᏒᎥᏁ .ᏢᎬᎶᎪᎳᎪᎥ xᏢᎬᏒᏞu..ᏢᎬᏒᏞuᏞᎪᎪ sᎪmᎪ ᎪᎠᎥᏞ..ᏦᎬs ᏦᎳᏁ sᎽ ᏆhᏆᏟ sᎬᏞᎪmᎪ 38hᎪᏒᎥ.. ᎠᎥsumbᎪᏆ ᎠᏞm.ᎶuᎪᏒᎠᏒᎾᎾm jᎪᎠᎥ ᏆᎪhᎪᏁᎪᏁ ᏒᎪᏢᎥ sᎬᏞᎪmᎪ 118hᎪᏒᎥ..ᎠᎥmᎪhᏦᎪmᎪh ᏢᎬᎶᎪᎳᎪᎥ ᏒᎬᏦᎾᎠ bᎶᎥ ᏦᎬᏆᎬᏒᎪᏁᎶᎪᏁ ᏢᎪᏞsu mᎬᏁᎶᎪᏆᎪᏦᎪᏁ ᎪᏁᎶᎶᎾᏆᎪ ᎠᎥᏦᎬm ᏆᎪhᎪᏁᎪᏁ ᏞᎾᏁᎶᎶᎪᏒ sᎬᎠᎪᏁᎶᏦᏁ ᎪᏁᎶᎶᎾᏆᎪ ᏆᎪhᎪᏁᎪᏁ ᏒᎪᏢᎥ.. ᏦᎬᏆᎬᏒᎪᏁᎶᎪᏁ bᎬᏒsumᏢᎪh ᎠᎪᏁ mmbᎬᏒᎥ ᏦᎬᏆᎬᏒᎪᏁᎶᎪᏁ ᏢᎪᏞsu.. ᎪᏁᎶᎶᎾᏆᎪ ᎠᎥjᎪᏆuhᏦᎪᏁ huᏦumᎪᏁ ᏢᎬᏁjᎪᏒᎪ ᎪᎳᎪm sᎬᏞᎪmᎪ 2 buᏞᎪᏁ ᎠᎪᏁ ᎠᎥbᎬᏒhᎬᏁᏆᎥᏦᎪᏁ ᏢᎬᏒᏦhᎥᎠmᎪᏆᎪᏁ..ᎪᏁᎶᎶᎾᏆᎪ ᏞᎶsuᏁᎶ ᏆᎥᎠᎪᏦ ᎠᎥbᎬᏒᎥ ᏢᎬᏞuᎪᏁᎶ mmbᎬᏞᎪ ᎠᎥᏒᎥ?? ᎪᏢᎪᏦᎪh sᎬmuᎪ ᎥᏁᎥ.. ᏒᎬᏞᎬᏉᎪᏁ ᏦᎪh ᎪᏁᎶᎶᎾᏆᎪ ᏆhᏆᏟ sᎬᏞᎪmᎪ 38 hᎪᏒᎥ Ꭰ'bᎬᏒhᎬᏁᏆᎥᏦᏁ ᎠᎪᏁ ᏢᎬᏁjᎪᏒᎪ 2buᏞᎪᏁ.. mᎬᏁᎥᏢu mᎪhᏦᎪmᎪh bᎬᏒsumᏢᎪh ᎪᏆᎪs ᏁᎪmᎪ ᎪᏞᏞᎪh s.Ꮃ.Ꮖ.. jᎪᎠᎥ ᎠᎥmᎪᏁᎪᏦᎪh ᏦᎬbᎬᏁᎪᏒᎪᏁ ᏦᎪmᎥ sbᎶ ᎪᏁᎶᎶᎾᏆᎪ ᏞᏞᏢ.. ᎠᎥᏆᎥᏁᎠᎪs ᎾᏞᎬh ᏢᎬᎶᎪᎳᎪᎥ ᎪᏆᎪsᎪᏁ sᏁᎠᏒᎥᎥ.. sᎥᏞᎪ ᎪmbᎥᏞ ᏆᎥᏁᎠᎪᏦᎪᏁ ᏢᎥhᎪᏦ bᎬᏒᎳᎪjᎥb ᎪᏆᎪs ᏢᎬᎶᎪᎳᎪᎥ ᎽᎶ mᎬᏁᎽᎪᏞᎪhᎶuᏁᎪᏦᎪm ᏦuᎪsᎪ ᎠᎪᏁ uᏁᎠᎪᏁᎶ2..ᎪᏢᎬ2 ᏢuᏁ ᏢᎬᏒᏞu mᎬᏁuᏁᏆuᏆ bᎬᏞᎪ ᎠᎥmᎪhᏦᎪmᎪh ᎪᎳᎪm..

    ReplyDelete
  28. Sedikit luahan dripada saya bekas anggota tentera darat..sy telah thtc selama 10 bulan..sy mengaku ia adalah satu kesalahan jd sya mngambil langkah untuk serah diri secara baik..apa yg berlaku semasa sy mnyerahkan diri adalah sy ditahan didalam tahanan rapi selama 148 hari..langsung sy tidak diberi kebebasan untuk keluar dri tahanan rapi kpada tahanan longgar..mahkamah 3 kali dibuat tetapi ditangguh ats sbb dokumen sy tidak lengkap..hampir 5 bulan sy dipenjara didalam gadroom akhir mahkamah tntera dibuka untuk sy mendapatkan pembelaan..namun apa yg saya dapat adalah hukuman penjara selama 3 bulan dan diberhentikan dari perkhidmatan..sedangkan sy dah buat rayuan supaya sy dteruskan prkhidmatan dan dkurang hukuman memandangkan hukuman yg saya jalani di pasukan adalah tahanan rapi selama 5bulan..sy rasa ini adalah sgt tidak adil sedangkang point yg sy dpt dlm mhkamah tentera jelas mnunjukkan yg sya layak menerima hukuman yg lebih ringan dripada itu..sy mohon penjelasan pihak yg lebih arif supaya sy memdapat pembelaan yg sewajarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada email? Nk tanya jgk pasal adik saya ni..thtc jugak

      Delete
    2. Boleh bagi email tak bro? Nak tanya

      Delete
    3. Assalamualaikum bro. Nak tnya jugak nih. Boleh bagi email.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
  29. Ada pegawai yg ok ok laa tp klu ad silap dgn pgawai yg gila kuasa mmg sakit lah walaupun org kmpong die xpeduli dah die akan nmpak salah kite jer xde kompromi lasung nk mnyesal xde guna dah cuma nk nasihat yg msih berkhidmat tu brhati hati lah byk mata yg memerhati jgn terlmpau baik n jgn trlampau jht smoga kite dlm lindungan Allah swt selalu InsyaAllah

    ReplyDelete
  30. Azab sengsara kau akan rasa(askar) mmg btul pun

    ReplyDelete
  31. akta ini wujud sejak zaman penjajah lagi.. tapi apakah anda semua tahu british telah meminda akta ini sehingga 10 pindaan dibuat? npe taknak ikut jejak langkah british yang memulakan akta ini dahulu?

    ReplyDelete
  32. Sekarang askr kalau thtc dlm 2 bulan baik x pyh serah diri.... Serah diri ttp hbis.... Kalau serah diri masa ttp masih ada lgi.... Memng dapt penyakit la...

    ReplyDelete
  33. err... kalo imam mahdi kuar.. boleh absent x

    ReplyDelete
  34. Apakah agaknya hukuman lari dari medan perang? Itu salah satu disiplin kenteteraan contoh klasik diterapkan bermula dari THTC.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. Kalau boleh fikir la masak² dulu sblm buat keputusan. Mcm aku dulu takde masalah dlm tentera, 6 tahun blh folo mmg lansung takde masalah waima masalah disiplin, tp disebabkan umur msh agak muda, terikut sgt dgn jiwa muda yg konon² nakkan kebebasan, slow² dh mula boring dgn pentadbiran tentera, buat keputusan THTC semata utk berhenti. Tp disbbkan aku blh dikategorikan sebagai 'orang lama' setakat kena tahanan longgar & masuk guard room sorang² pun takde masalah sbb semua anggota kem kenal sgt dgn aku.

    Tp bukan tu ceritanya, yg aku nak tekankan kt sini, ringkas cerita bila dah berhenti mmg menyesal tak sudah, agak struggle hidup di dunia luar, nak mohon kerjaya kerajaan semula pun dah takde harapan sbb dah tak layak bg bekas tentera yg diberhentikan atas kesalahan tatatertib walaupun diri kau dh berubah jd lebih positif sepenuhnya. Sampai skrg aku dpt tawaran JPJ, Warden, Imigeresen & lain² tp auto jd tak layak sbb kes tatatertib masa lampau.

    Jadi pesanan aku, walau apapun terjadi pujuk la diri klu blh tahan la sampai TTP minima 10 tahun pun dah ok, asalkan jgn berhenti ats kesalahan tatatertib.

    ReplyDelete