Monday, June 13, 2011

“AKU HARAMKAN ANAK AKU JADI ASKAR!!” KEMANA PERGINYA PERUNTUKKAN YANG ADA, SALAH KERAJAAN ATAU PENTADBIRANNYA

Pada suatu petang tarikh dan waktunya saya pun dah lupa, sedang saya minum petang disebuah kedai. Saya lihat dihujung sebelah kanan kedai ada 2 orang anggota sedang duduk bersembang sambil minum petang, tiba-tiba datang seorang pakcik tua yang berumur dalam lingkungan 60an, terus meluru kearah 2 anggota tentera tadi. Saya lihat mereka bersalaman, saya fikir mereka saling kenal mengenali, saya pun tidak ambil peduli. Tetapi selepas mereka bersalaman, selang beberapa saat selepas itu, saya pun terkejut. “aku haramkan anak aku jadi askar...!!” jerit suara pakcik tadi dengan lantang. Orang sekeliling yang berada dikedai semua mengalihkan tumpuan kepada pakcik tua itu, saya lihat 2 anggota tentera tadi terus memandang diantara satu sama lain.

“Dalam banyak-banyak kerja kerajaan tentera lah yang paling bodoh !!” cakap pakcik tua tadi, dengan nada yang lantang. Saya lihat 2 anggota tentera tadi masih tenang dan menerima apa sahaja cemuhan pakcik tua itu, mungkin mereka fikir orang tua, nak lebih-lebih pun tak guna..

Saya jadi tertanya-tanya apa maksud pakcik tua itu, minat untuk mengambil tahu, saya cuba curi-curi dengar. “sebab apa aku cakap macam tu!, kau percaya tak aku ni bekas askar?” sambil pakcik tua itu mengeluarkan dompetnya dan menunjukkan myKad miliknya. Rupa-rupa nak tunjuk nombor tenteranya. Sambil diperhatikan 2 anggota tentera tadi, dan menghanggukkan kepalanya tanda percaya.

“Aku berkhidmat 18 tahun dalam tentera, tempat terakhir aku berkhidmat di kem terendak. Tapi apa aku dapat, takde apa.. hanya percuma RM1 bila pergi klinik kerajaan. Itu saja..!!”

Selepas itu pakcik tua itu berkata lagi “dalam banyak-banyak perkhidmatan tentera, darat lah yang paling bodoh sekali !!, betul tak?”

“Peruntukkan ada, tapi entah kemana, yang ada pun pergi bagi dekat udara atau laut, darat ni macam mana? Sampai prebet nak tempah baju pun cakap takda peruntukkan, pakailah duit sendiri”

Tidak terhenti disitu, pakcik tua itu bertanya pula kepada 2 anggota tentera tadi “aku tanya kaulah, askar ni kalau pencen mesti banyak yang jadi pembangkang betul tak. Kadang-kadang yang masih berkhidmat pun sama. Cakap kerajaan itulah, inilah..pada hal pihak pentadbiran yang tidak betul..”

Anggota tentera tadi hanya menganggukkan kepalanya, sama ada setuju ataupun 2 orang anggota tentera itu memang tak tahu, maklumlah tentera ni kan suka “sondol ajelah skuad..” itulah ayat yang sudah lapuk ditelan zaman. Akhirnya jadi mangsa pemburu babi, yang memburu babi dihutan.. kesian tentera yang suka sondol..

“cakap nak bela nasib bekas askarlah itulah inilah...tapi apa yang ada..” aku fikir sejenak apa yang diluahkan oleh pakcik tua tadi, mungkin ada benarnya..

Ramai rakan-rakan saya yang jadi pemandu, dan ada juga yang ditugaskan sebagai penghantar surat. Kesian mereka ni, kalau apa-apa yang jadi mereka terpaksa keluarkan bajet sendiri. Nak harap barang yang diperuntukkan, alamatnya tak siap kerjalah..

Jadi jawapannya keluar bajet sendirilah, nak klim balik..? takpelah.., kalau dapatpun jawabnya nak tunggu bulan jatuh keriba.

Seorang rakan saya yang ditugaskan untuk menghantar surat, kerja dia ni ibarat macam posman jugaklah. Apa yang saya tidak sampai hati ialah kenderaan tentera yang diperuntukkan kepada dia telah rosak, almaklumlah barang tentera ni...semuanya tunggu masa nak hancur..! jadi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, dia terpaksa menggunakan motosikal sendiri.

Dahlah menggunakan kenderaan sendiri, duit minyak pun takde.. sampai motorsikalnya jahanam, nak betul? Pakai duit sendirilah beb!! Kerajaan bagi gaji, gaji yang dapat bagi dekat kerajaan balik..

Hampir setahun lebih jugalah rakan saya ni menggunakan motorsikalnya sendiri, bila tanya motor bila nak siap..? alasan yang diberi cukup mudah..

“Motor ada dekat bengkel, belum dibaik pulih sebab takdak!! Peruntukan...”

Apa yang peliknya kalau buat jamuan, majlis dan segala apa yang mendatangkan keuntungan kepada orang yang berkepentingan atau pihak atasan ada pulak bajet peruntukkan. Yang jadi balaci!! Anggota bawahan jugak..

Yang lagi menarik, kalau ada perbicaraan mahkamah tentera..dia punya jamuan macam nak buat jamuan kenduri kahwin. Padahal nak bicarakan orang, tak usahlah..perbicaraan pun tak adil!! Yang kenyang pegawai..yang skuad anai-anai ni dapat apa? Dapatlah penat fitik..semalam duty 24 jam, hari ni fitik bagi pegawai makan.. kalau kerja kilang kaya dah, asyik OT aje...

Bukan saja suka-suka nak cerita..ini adalah kebenaran, jadi terima sajalah sebagai pengajaran. Kebanyakkan anggota, boleh dikatakan barang-barang kelengkapan seperti aksesori pakaian cari sendiri, nak harapkan yang diperuntukkan? Alamatnya tak pakai uniformlah jawabnya, baju uniform pun kebanyakkan beli sendiri..., mana perginya peruntukkan.

Kerajaan memang saya akui ada beri, tapi kemana perginya..? janganlah boncetkan perut seorang aje... tak takut mati ke, makan hak orang... gaji dah le tak seberapa, harga barang pulak semuanya nak naik, ada yang dah naik pun..tapi kalau macam ni punya hasil, baik tak payah kerja kerajaan..takde apa kelebihan, setakat nak dapat duit pencen aje!! Erm...nak tunggu pencen, masa berkhidmat ni dah cukup derita.. pencen pulak kena cari kerja lain, biasalah askar pencen muda anak kecil lagi, nak harap pencen mana nak cukup..

Akhirnya cerita lebih kurang sama, pencen lucut uniform askar, sarung pulak uniform pak guard!! Bezanya dulu pakai AUG Styer. Pencen duty pakai cota, yang ok sikit pakai senapang GAJAH!!

Sampai bile...?

(bersambung)

23 comments:

  1. Replies
    1. Nak tergelak pon ada pakcik ni cakap.. eh blog ni aku search tadi "askar susah nak posting" tapi nek blog ni.. lagi terukk... 🤣🤣🤣🤣 hurmmmm no komen laaa

      Delete
  2. ye.. kadang2 ade betul jugak sikit crita ni... aku sokong jugak sikit tu... tapi,,bukan ke kalau dah berhenti askar, sudah tiada nombor tentera lagi... kat mykad pun mana ada nombor tentera... ic tentera baru ada nombor tentera... tapi lepas berhenti atau pencen, kena pakai mykad biasa... xde nombor tentera pun... dan setahu saya, tentera ni berkhidmat paling kurang 21 tahun pada zaman dahulu... kenapa pak cik ni 18 tahun pulak,,?? memang paling kurang 21 tahun dulu... saya tahu... kerana ayah saya pn bekas askar... aiseehh.. macam rekaan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aman zarin,, ko jgan main segah je,, xthu tnya la,, jgn tnjuk bodoh,,!! Klau ko nk thu org yg dh brhnti askar mmg dpat i/c awam tp di bwah no i/c awam tu ada no tentera,!! Dan ko perlu tahu anggota tntera ada pilihan untuk brhenti pada 13thn,15thn, 18thn, dan pencen pada 21thn @ smbung smpai 25tn untuk pgwai pngkat trtinggi,, ada pahamm,,,??? Knpa ko xtya bapak ko dlu sblm komen sini,,?? Ko ckap bapak ko bkas askar,,!! Wataniah ke,,??

      Delete
    2. No tentera ttp ada bila sorg tentera bhenti atau berpencen dekat kad pengenalan awam...dia pakcik tu tamatkan perkhidmatan 18 tahun ...dia x ambil pencen...klu nak pencen kena sambung 21 tahun perkhidmatan...

      Delete
    3. booo... berhenti askar sembang gebang la ko pakcik... hahaha

      Delete
  3. Haha betul tu ak masih berkhidmat apa yg dicakap masih belarutan sampai sekarang.

    ReplyDelete
  4. Apalah nasib kita sebagai anggota ni hmm. Suka tak suka kena suka jgk kan buddy

    ReplyDelete
  5. REALITINYA BETOLLAH APA YANG PAKCIK X SERVIS TU CAKAP CUMA YANG BERKHIDMAT SAMPAI PENCEN NI MALU NAK CERITA KEPADA UMUM TAKOT STATUS PENCEN TU TERGUGAT...TAPI YANG SEBENARNYA MEREKA LUPA BAHAWA MEREKA BELUM LAYAK LAGI DIPANGGIL PENCEN WALAUPUN BERKHIDMAT 21 TAHUN KERANA MAJORITINYA KENA KERJA DAN LEBIH TEROK LAGI WALAUPUN DAHULUNYA MEREKA KATA AH'BILA PENCeN NI BUAT KERJA SIKET SIKET DAHLA PENCEN KAN ADA....LEBIH TEROK LAGI BILA PERKHIDMATAN YANG LAMA MASA ASKAR DULU..TIDAK DIHARGAI OLEH KERAJAAN MACAM PAKCIK TU 18 TAHUN....JANGAN KATA PAKCIK TU BERENTI AWAL PATUTLA TAK DAPAT PENCEN KITA ORANG AWAM HARUS INGAT ASKAR DULU BOLEH BERENTI 10THN 15THN 18 THN DAN TAK TERLIBATPUN DENGAN MASALAH DISIPLIN..ADA PERUNTUKAN UNTUK BERENTI ATAS PILIHAN SENDIRI APABILA SAMPAI TEMPOH TERSEBUT...SEPATUTNYA PIHAK KERAJAAN KENA MENILAI DAN MENGHARGAI X TENTERA INI....BUKAN SENANG NAK HIDUP SEBAGAI ANGGOTA TENTERA...24JAM KERJA DENGAN GAJI CIPUT YANG BOLEH HIDUP LAMA SAMPAI PENCEN DALAM TENTERA DAH DIKIRA BERNASIB BAIK..MUNGKIN KELOMPOK NI SELALU ATEND C SELALU AXCUSE OPERASI AXCUSE LATIHAN DAN MACAM MACAM AXCUSE LAGI.....BAB PAKAIAN TAK USAH NAK CERITA LA .....PENTADBIRAN LEBIH SUKA PAKAIAN DIBUAT PERAGAAN SAJA CONTOH BILA ADA ADMIN ...XASKAR TAU LA CITA NI......KALU NAK PAKAI YANG SELESA BELI SENDIRI....BETAPA RAMAI GOLONGAN XSEVIS YANG BERPENCEN BERMATIMATIAN KERJA DILUAR.....NAK SARA ANAK BINI....AKU ALHAMDULILLAH WALAUPUN DULU DICEMUH KERANA BERENTI AWAL TAPI REZEKI ALLAH TU MAHA LUAS...SEKARANG DAH BERKHIDMAT DALAM KERAJAAN LAGI....ASKAR BUKAN SEGALA-GALANYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂😂😂😂😂😂
      Betul...betul...betul....

      Delete
  6. Sb tu kasi anak pakcik tu blajar pandai2 masuk askar. Bukan asl spm teruk, masuk askar. Mmg kna diarah je lah. Blajar pandai, jd pengawai. Kan mengarah org ja? Sng kan? Skrg tgh bukak kepada sesiapa yg lepasan ijazah sarjana muda kepujian utk msuk. Trus serap jd pengawai. Cmon ah pakcik. Da lapok alasan. Ingat kja swasta sng? G lah kijo tu pakcik dgn kelulusan pakcik tu. Silap aribulan xda gaji kalau pemalas okay 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afifa isa
      Ko ni jgn jd katak bawah tempurung...sebab og mcm ko ni la org miskin xkaya2...ko senang ko xrase pakcik n askar prebet susah mcm mana..cuba ko fikir eh klu semua askar jd pegawai sape nak jadi prebet bodoh! Prebet tu still kerje halal tp gaji je rendah...ko ingt semua org nak ke kerja gaji rendah..tp at least pakcik ni lg mulia dari ko sbb dia gaji murah pon dia ikhlas berkhidmat dgn negara sampi pencen...ko jgn ckp ikut sedAp mulot je..jngn jadi manusia yg cetek otak..kecik2 xnak mampos besar2 jd bangng!

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Tak semua manusia dialahirkan cerdik pndai kadang2 ap yg kita igin kan tak semua nya dpt kadng2 bnda yg kita bnci baik bt kita pikir2 lah renung2 kan..jgn bercakap ikot sdp mulut.

      Delete
    4. Lepas jadi pegawai....makin pula duit peruntukan yg dberi kerajaan kan...komen kau ni serupa bangsat la hanat

      Delete
    5. Sekurang2nya pakcik tu dia luahkan apa yg dia rasa.. pakcik tu rumah banglo dah 3 dah sekarang lepas pencen askar.. dia bela lembu klau dia bela lembu dari umur dia lepas SPM rsa dh boleh jadi saudagar lembu intan belian dah.. #sakit hati#🤣🤣🤣🤣

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Disember 2017..msih ad lg masalah2 sdemikian.bertabahlah perwira skalian..

    ReplyDelete
  9. Aku pun menyesal join askar ATM ni....kerja 21 tahun baru dpt pencen....kalau kerja sebagai anggota askar Sultan Johor @ JMF @ ATSNJ @ ....cukup 15 tahun perkhidmatan dalam JMF.....pencen dah tentu dpt....

    ReplyDelete
  10. Betul sgt2 apa yg pakcik tu ckp..pentadbiran askar skrg dah makin teruk..yg teruknya kena kt anggota bawahan..skarang ni zaman untuk menjatuhkan org senang..ko ada paku kat ats bahu ko dh boleh jatuhkan anggota bwahan ko..mmg anggota bawahan ni setakat sijil spm je tp kena ingt kerja ko semua anggota bwahan yg buat..pgwai ni setakat penat bg arahan ja..yg lebih sedih lagi kebajikan langsong xdijaga..askar ni mmg xadil..buat apa2 semua pakai duit sendiri padhal peruntukan dh dibagi..yg dh ada pengalaman keja askar ni tahu lah mcm mna pantatbiran dlm askar ni..patot lah ramai budak2 askar skrg byk buat kes..bila absent dibicarakan ats mahkamah tentera lgsong xda pengadilan..kena penjara awam rekod buruk pdhal cuma buat ksalahan dlm prkdmatan tentera..lpas tu dibuang kerja..alamatnya gelap lah masa depan bekas anggota tentera

    ReplyDelete
  11. Pegawai yg dibayar gaji 7-8k tp buat kerja 2-3k je. Yg sjn plk gaji 3-4k tp kerja dah mcm dibyr 10-12k. LLP bukan hamba.

    ReplyDelete