Saturday, May 28, 2011

RELEVAN KAH AKTA ANGKATAN TENTERA 1972?

Akta Angkatan Tentera 1972, adalah akta kecil yang terkandung didalam undang-undang pelembagaan Malaysia. Akta ini diguna pakai oleh organisasi tentera dan anggota yang bernaung dibawahnya. Memberi kuasa-kuasa yang tertentu kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugasnya. Tetapi adakah akta ini masih sesuai diguna pakai bulat-bulat sebagai mana ia dicipta oleh penjajah British yang terang-terang sebagai penjajah. Tidak dinafikan ada yang masih boleh diguna pakai, tetapi ada yang sudah tidak relevan dan patut dikaji kewajaranya. Setidak-tidaknya kaji balik adakah akta ini tidak melanggar HAK ASASI dan kebebasan manusia, sama seperti akta ISA, kerana ketika ini orang ramai sudah tahu hak dan kebebasan mereka. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab juga boleh menyalah gunakan kuasa yang ada pada mereka sewenag-wenagnya.

Seperti contoh anggota yang tidak hadir tanpa cuti (THTC), mereka tidak diberi pembelaan yang sewajarnya. Mereka tidak boleh mempertahankan diri. Orang yang membuat jenayah lagi teruk pun mendapat pembelaan, diberi jaminan semantara menunggu tarikh perbicaraan dan sebagainya, tapi lain pula halnya hanya kerana tidak hadir tanpa cuti, ditahan, dikurung seperti haiwan di zoo, ditarik kebebasannya dan sebagainya. Apa semuanya ini, bukanya kesalahan jenayah yang teruk dilakukan.

Fasal 5(1) Kepada Perlembagaan Persekutuan, tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Kerana itu PDRM kalau mahu menahan orang pun tidak boleh lebih dari 24jam, jika mahu menahan untuk soal siasat lebih 24 jam perlulah mendapat kelulusan dan kebenaran dari mahkamah. Jadi mereka yang ditahan atas kesalahan tidak hadir tanpa cuti ini, dikurung dalam sel seperti haiwan, sehingga berminggu-minggu sementara menunggu tarikh bicara, siapa yang beri kuasa.

Apa yang paling kejam, ada juga anggota yang THTC datang menyerah diri dengan harapan boleh berhenti pun menerima nasib yang sama, ditahan dan dikurung sementara menunggu perbicaraan. Pelik hanya arahan pegawai sahaja mereka boleh dilucut kebebasan, kalah Perdana Menteri dan ketua polis negara..

Dan apabila dibicara, mereka tidak dapat pembelaan yang sepatutnya, mereka tidak dapat membela diri dan mempertahankan hak mereka, sudah tentu mereka akan dipenjarakan tanpa mengambil kira sebab dan punca mereka THTC. Sewajarnya berilah mereka peluang untuk membela diri dan ambil kira sebab dan punca mereka bertindak sedemikian, jika benar mereka melakukan dengan sengaja, tanpa alasan yang kukuh, barulah boleh dihukum. Dan bagaimana pula punca mereka THTC, ada ke pihak menyiasat punca mereka THTC, dan apa tindakkan yang diambil. Saya percaya tidak ada penyiasatan yang sewajarnya, kalau ada mengapa perkara ini terus berlaku. Seharusnya mereka perlu diberi kebebasan untuk membela diri dan bersuara.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, ada satu kejadian kecurian wayar kabel, belum terbukti ianya dicuri, hanya kerana wayar kabel yang sepatutnya berada didalam stor, tetapi atas kecuaian yang tidak boleh dinafikan oleh manusia, wayar itu berada diluar bilik stor dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kononya mahu mendapat nama membuat laporan bahawa wayar itu telah dicuri oleh pihak-pihak tertentu. Akhirnya anggota yang belum terbukti kesalahannya baru OKT, ditahan dibilik tahanan lebih 24jam..siapa punya kuasa.

Selain itu satu lagi kes yang diketahui tapi tidak didedahkan, 4 orang anggota tentera, dikurung, didera seperti haiwan, ditahan dibilik tahanan dengan tangan dan kaki dirantai dah macam penjenayah tegar.. hanya kerana dituduh atas kesalahan menganggu teman wanita pegawainya. Boleh pulak guna kuasa ala firaun.. siapa punya kuasa, yang membenarkan mereka ini ditahan tanpa didakwa dihukum tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya...!!

Mengikut Fasal 8 (1) Kepada Perlembagaan Persekutuan mengariskan bahawa semua orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata disisi undang-undang. Banyak lagi kes-kes penyelewengan kuasa dan salah guna kuasa yang tidak didedahkan, sampai bila perkara ini akan berlaku.

Selain itu Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972 memperuntukkan kegagalan mematuhi arahan Pegawai atasan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan. Terang-terang ia boleh disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, selain itu menafikan hak anggota bawahan.

Jika arahan pegawai itu menyalahi undang-undang atau arahan yang boleh memudaratkan orang bawahan, perlukah dia taat dengan arahan itu? Semata-mata tidak mematuhi arahan, terus dipenjarakan.. orang yang tidak mematuhi arahan Allah pun diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bertaubat.

Oleh kerana itu banyak anggota yang teranaya dan ditindas dengan sesuka hati. Bagi pihak yang kaki kipas pula, ikutkan aje, sudah-sudahlah..kau senang pun dekat dunia yang sementara, tapi dosa menganayai orang lain nak ditanggung sampai mati. Sewajarnya undang-undang tentera ini perlu dikaji atau dibubarkan mana-mana yang tidak perlu, kerana dia menafikan hak orang yang benar..

Tahniah kepada seorang Staf Udara yang tidak perlu saya sebut namanya, dituduh atas kesalahan mencuri dan menjual enjin pesawat, bijak menggunakan hak kebebasan yang ada, membawa perkara ini ke mahkamah awam, akhirnya dibebaskan oleh mahkamah kerana penahanannya tidak sah.. sememangnya benar. Tapi jika dia mohon di mahkamah tentera, terang-terang akan ditolak bulat-bulat.

Kerana itu ramai anggota tentera yang menyampah dan bosan dengan pentadbiran tentera, akhirnya ramai yang berhenti separuh jalan dan ada yang melakukan jenayah untuk berhenti lagi awal dari tarikh tamat perkhidmatan, ini lah bukti dan punca mengapa dalam banyak-banyak perkhidmatan kerajaan, organisasi tenteralah khususnya tentera darat terlalu banyak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan ada yang melanggar undang-undang, semata-mata mahu menamatkan perkhidmatan. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab ambil tindakkan sewajarnya untuk menangani permasalahan ini, bukan hanya tahu menghukum. Berikan pembelaaan yang sewajarnya, dan jangan menafikan yang hak.

Kita sudah berpuluh tahun merdeka, tapi tentera masih lagi menggunakan undang-undang penjajah yang menafikan hak, selain itu sistem kasta yang diamalkan oleh organisasi tentera pun sudah tidak relevan untuk dipraktikkan lagi.

Anggota bawahan dilayan sebagai orang bawahan, pegawai atasan seperti orang atasan, tidak perlu saya perkatakan.. memang benar, sememangnya tentera memerlukan warganya mempunyai disiplin yang tinggi, tapi tidak perlu menafikan hak, kita boleh lihat bagaimana zaman Rasulullah s.a.w. Bagaimana baginda membimbing dan mengajar tentera-tentera Islam, semuanya berjuang demi ALLAH yang maha esa. Tetapi kita boleh lihat tentera kita sekarang, memang nampak berdisiplin, tapi semuanya lakonan hipokrit.

Terutama pegawai atasan, sesuka hati menindas, menggunakan pangkat untuk periuk nasi sendiri.. itulah hakikatnya tentera kita sekarang. Banyak lagi yang perlu dikaji didalam organisasi ini, tidak kiralah dari apa aspek sekalipun. Apa yang saya ketengahkan ini hanyalah kes-kes tentera semasa aman, kalau diwaktu darurat tak tahulah. Rasanya semakin banyak penyalah-gunaan kuasa, mungkin anda sebagai orang awam pun tidak terlepas. Oleh kerana itu perkara ini perlu dikaji semula, untuk menuntut keadilan kepada semua pihak..(bersambung)

TAHNIAH ‘ 1 ANGKATAN, TETAP GAGAH TETAP SETIA’

Selamat menyambut hari ulang tahun Tentera Darat yang ke 78 tahun. Setiap kali tanggal 3 mac pada setiap tahun, tentera darat akan menyambutnya dengan penuh kemeriahan dan adat istiadat ketenteraan. Sejak awal penubuhannya, tentera darat telah banyak melakar kejayaan demi kejayaan, tidak kiralah dari era perang dunia kedua, era konfratasi, era menentang komunis dan sebagainya, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga tentera darat.

Pada 3 mac 2011 yang lalu tentera darat sekali lagi melakar perubahan, dengan cogan kata yang terbaru “1 Angkatan, Tetap Gagah, Tetap Setia”. Tahniah sekali lagi diucapkan, tetapi adakah ia memadai dengan perubahan dari segi cogan kata ataupun slogan sahaja? Memang tidak dinafikan ada perubahan yang telah berlaku didalam organisasi tentera darat, tetapi tidak semuanya dan semestinya tidak mencapai ketahap yang sewajarnya.
Sabagai organisasi yang telah lama dan berpengalaman, adakah organisasi ini boleh mendabik dada bahawa ia adalah organisasi yang  telah mencapai ketahap yang terbaik sekali? Seperti yang kita ketahui Polis Diraja Malaysia baru-baru ini telah menyambut hari ulang tahun yang ke 204, yang mana kita lihat PDRM adalah organisasi yang lebih lama tertubuh dan semestinya ia lebih berpengalaman dan berpengatahuan.
Sejak awal penubuhanya, seperti juga tentera darat, sudah semestinya Polis Diraja Malaysia juga telah banyak mencapai kejayaan. Tidak kiralah dari apa aspek sekalipun, Polis Diraja Malaysia memang telah terbukti sebagai organisasi yang paling disegani dan digeruni. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga PDRM.
Apa yang lebih membanggakan lagi, apabila sebuah organisasi yang telah berusia 204 tahun ini, sudi dan bersedia untuk membuat perubahan mengikut zaman dan kesesuaian waktu. Mereka langsung tidak mendabik dada dan tida ego, ini telah terbukti apabila tertubuhnya Suruhanjaya Penambahbaikkan Polis Diraja Malaysia.
Penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan menambah baik lagi organisasi yang telah berusia beratus tahun ini, untuk lebih dihormati dan lebih relevan mengikut zaman. Apa yang diperkatakan ini bukanlah untuk memburuk-burukkan mana-mana organisasi, tetapi ianya harus dibincangkan untuk menjadi lebih baik lagi.
Tentera Darat yang baru berusia 78 tahun, adakah wajar anda mengatakan organisasi anda adalah yang terbaik sekali. Kita boleh lihat dalam banyak jabatan kerajaan, organisasi tenteralah yang paling kuno dan bermasalah sekali khususnya tentera darat. Tidak kiralah dari aspek pentadbiran, logistik, undang-undang yang diguna pakai dan sebagainya. Apabila didedahkan kepada media dan orang ramai, kononnya tenteralah yang terbaik sekali, baru sahaja buat rumah atau membaik pulih rumah keluarga dah mencanang kononnya kebajikan warga tentera dijaga. Itu yang didedahkan, bagaimana pula yang tidak didedahkan.
Baru-baru ini Menteri Dalam Negeri Dato Hishamudin dan Menteri Pertahanan memberi ruang kepada semua bekas tentera untuk menyetai PDRM, ramai warga tentera yang masih berkhidmat juga, jika diberi peluang mereka pun mahu menukar perkhidmatan.
Kerana itu kita boleh lihat berapa ramai anggota tentera yang lari tidak hadir tanpa cuti (THTC), yang berhenti separuh jalan dan sebagainya. Ada juga anggota yang mahu berhenti dengan cara baik, tetapi tidak diluluskan, kerana terlalu bosan yang meluap-luap ada juga anggota tentera yang sanggup untuk melakukan jenayah semata-mata mahu menamatkan perkhidmatan mereka.
Memang mereka akan ditamatkan perkhidmatan, tetapi bagaimana masa depan mereka yang telah disenarai hitamkan. Kebanyakkan mereka yang menyertai tentera ini adalah pilihan terakhir ataupun tersalah jalan, akhirnya ada yang menyesal. Kenapa dan mengapa ini berlaku? Adakah pihak yang bertanggungjawab didalam organisasi ini memandang perkara ini dan mengkajinya, ataupun pihak yang berwajib hanya tutup sebelah mata. Baru-baru ini, sempena manyambut hari ulang tahun 8 Briged, Panglima 8 Bgd telah menegur tentang disiplin dan masalah yang semakin teruk didalam organisasi tentera darat. Mengapa ini berlaku? Ada puncanya.
Kebanyakan rakan taulan saya yang berkhidmat, rata-rata menyuarakan ketidak puasan hati dan bosan dengan pentadbiran tentera darat. Ada yang sudah tidak boleh ikut kehendak perkhidmatan, tetapi dipaksa dan terpaksa melakukannya. Oleh kerana itu ada yang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan mereka boleh berhenti dari perkhidmatan.
Ini terbukti, seorang rakan saya yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan (Mindef), unit tidak perlu didedahkan, semasa sedang bertugas, dia dengan sengaja mencuri barang yang ditinggalkan oleh salah seorang kakitangan dari pejabat terbabit. Sedangkan dia tahu, bahawa disekitar kawasan pejabat itu bersepah cctv atau dikenali kemera litar tertutup. Kalau difikirkan secara waras, orang gile pun takda bodoh macam tu.. Tapi atas sebab yang tertentu dia sanggup melakukan perkara yang dianggap bodoh.
Dia sempat berbual dengan saya sebelum kejadian, aku dah fedap nak kerja ni, menyesal aku masuk tentera.. tak kesahlah apa yang jadi, janji aku boleh berhenti..! seorang lagi rakan saya yang berkhidmat di sebuah kem yang terletak di Lembah Kelang, pun begitu juga. Atas sebab mahu melepaskan diri dari kongkongan tentera, dia sanggup mengambil dadah semata-mata mahu menamatkan perkhidmatan..! akhirnya dia ditamatkan perkhidmatan kerana disahkan positif dadah semasa ujian air kencing.
Sampai bila hendak jadi seperti ini, ada juga rakan saya yang terus menghilangkan diri secara THTC, kerana permohonannya untuk berhenti secara terhormat ditolak mentah-mentah. Kalau orang dah taknak kerja, buat apa disimpan, jika dipaksa pun kerjanya bukan mencapai ketahap yang dikehendaki, akhirnya mulalah buat hal.. Akta Angkatan Tentera (AAT) 1972, yang sudah lapuk ditelan zaman, yang dah tidak sesuai untuk diguna pakai perlu dibubar atau digubal semula, kaji balik akta itu, bukan pakai bulat-bulat akta yang dibuat oleh British kurun kemurun itu. Akta Angkatan Tentera 1972, samalah seperti akta ISA.. dah tidak relevan dan disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menganayai orang lain. Ramai anggota tentera yang ditindas dengan akta AAT 1972... (bersambung)