Monday, June 13, 2011

“AKU HARAMKAN ANAK AKU JADI ASKAR!!” KEMANA PERGINYA PERUNTUKKAN YANG ADA, SALAH KERAJAAN ATAU PENTADBIRANNYA

Pada suatu petang tarikh dan waktunya saya pun dah lupa, sedang saya minum petang disebuah kedai. Saya lihat dihujung sebelah kanan kedai ada 2 orang anggota sedang duduk bersembang sambil minum petang, tiba-tiba datang seorang pakcik tua yang berumur dalam lingkungan 60an, terus meluru kearah 2 anggota tentera tadi. Saya lihat mereka bersalaman, saya fikir mereka saling kenal mengenali, saya pun tidak ambil peduli. Tetapi selepas mereka bersalaman, selang beberapa saat selepas itu, saya pun terkejut. “aku haramkan anak aku jadi askar...!!” jerit suara pakcik tadi dengan lantang. Orang sekeliling yang berada dikedai semua mengalihkan tumpuan kepada pakcik tua itu, saya lihat 2 anggota tentera tadi terus memandang diantara satu sama lain.

“Dalam banyak-banyak kerja kerajaan tentera lah yang paling bodoh !!” cakap pakcik tua tadi, dengan nada yang lantang. Saya lihat 2 anggota tentera tadi masih tenang dan menerima apa sahaja cemuhan pakcik tua itu, mungkin mereka fikir orang tua, nak lebih-lebih pun tak guna..

Saya jadi tertanya-tanya apa maksud pakcik tua itu, minat untuk mengambil tahu, saya cuba curi-curi dengar. “sebab apa aku cakap macam tu!, kau percaya tak aku ni bekas askar?” sambil pakcik tua itu mengeluarkan dompetnya dan menunjukkan myKad miliknya. Rupa-rupa nak tunjuk nombor tenteranya. Sambil diperhatikan 2 anggota tentera tadi, dan menghanggukkan kepalanya tanda percaya.

“Aku berkhidmat 18 tahun dalam tentera, tempat terakhir aku berkhidmat di kem terendak. Tapi apa aku dapat, takde apa.. hanya percuma RM1 bila pergi klinik kerajaan. Itu saja..!!”

Selepas itu pakcik tua itu berkata lagi “dalam banyak-banyak perkhidmatan tentera, darat lah yang paling bodoh sekali !!, betul tak?”

“Peruntukkan ada, tapi entah kemana, yang ada pun pergi bagi dekat udara atau laut, darat ni macam mana? Sampai prebet nak tempah baju pun cakap takda peruntukkan, pakailah duit sendiri”

Tidak terhenti disitu, pakcik tua itu bertanya pula kepada 2 anggota tentera tadi “aku tanya kaulah, askar ni kalau pencen mesti banyak yang jadi pembangkang betul tak. Kadang-kadang yang masih berkhidmat pun sama. Cakap kerajaan itulah, inilah..pada hal pihak pentadbiran yang tidak betul..”

Anggota tentera tadi hanya menganggukkan kepalanya, sama ada setuju ataupun 2 orang anggota tentera itu memang tak tahu, maklumlah tentera ni kan suka “sondol ajelah skuad..” itulah ayat yang sudah lapuk ditelan zaman. Akhirnya jadi mangsa pemburu babi, yang memburu babi dihutan.. kesian tentera yang suka sondol..

“cakap nak bela nasib bekas askarlah itulah inilah...tapi apa yang ada..” aku fikir sejenak apa yang diluahkan oleh pakcik tua tadi, mungkin ada benarnya..

Ramai rakan-rakan saya yang jadi pemandu, dan ada juga yang ditugaskan sebagai penghantar surat. Kesian mereka ni, kalau apa-apa yang jadi mereka terpaksa keluarkan bajet sendiri. Nak harap barang yang diperuntukkan, alamatnya tak siap kerjalah..

Jadi jawapannya keluar bajet sendirilah, nak klim balik..? takpelah.., kalau dapatpun jawabnya nak tunggu bulan jatuh keriba.

Seorang rakan saya yang ditugaskan untuk menghantar surat, kerja dia ni ibarat macam posman jugaklah. Apa yang saya tidak sampai hati ialah kenderaan tentera yang diperuntukkan kepada dia telah rosak, almaklumlah barang tentera ni...semuanya tunggu masa nak hancur..! jadi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, dia terpaksa menggunakan motosikal sendiri.

Dahlah menggunakan kenderaan sendiri, duit minyak pun takde.. sampai motorsikalnya jahanam, nak betul? Pakai duit sendirilah beb!! Kerajaan bagi gaji, gaji yang dapat bagi dekat kerajaan balik..

Hampir setahun lebih jugalah rakan saya ni menggunakan motorsikalnya sendiri, bila tanya motor bila nak siap..? alasan yang diberi cukup mudah..

“Motor ada dekat bengkel, belum dibaik pulih sebab takdak!! Peruntukan...”

Apa yang peliknya kalau buat jamuan, majlis dan segala apa yang mendatangkan keuntungan kepada orang yang berkepentingan atau pihak atasan ada pulak bajet peruntukkan. Yang jadi balaci!! Anggota bawahan jugak..

Yang lagi menarik, kalau ada perbicaraan mahkamah tentera..dia punya jamuan macam nak buat jamuan kenduri kahwin. Padahal nak bicarakan orang, tak usahlah..perbicaraan pun tak adil!! Yang kenyang pegawai..yang skuad anai-anai ni dapat apa? Dapatlah penat fitik..semalam duty 24 jam, hari ni fitik bagi pegawai makan.. kalau kerja kilang kaya dah, asyik OT aje...

Bukan saja suka-suka nak cerita..ini adalah kebenaran, jadi terima sajalah sebagai pengajaran. Kebanyakkan anggota, boleh dikatakan barang-barang kelengkapan seperti aksesori pakaian cari sendiri, nak harapkan yang diperuntukkan? Alamatnya tak pakai uniformlah jawabnya, baju uniform pun kebanyakkan beli sendiri..., mana perginya peruntukkan.

Kerajaan memang saya akui ada beri, tapi kemana perginya..? janganlah boncetkan perut seorang aje... tak takut mati ke, makan hak orang... gaji dah le tak seberapa, harga barang pulak semuanya nak naik, ada yang dah naik pun..tapi kalau macam ni punya hasil, baik tak payah kerja kerajaan..takde apa kelebihan, setakat nak dapat duit pencen aje!! Erm...nak tunggu pencen, masa berkhidmat ni dah cukup derita.. pencen pulak kena cari kerja lain, biasalah askar pencen muda anak kecil lagi, nak harap pencen mana nak cukup..

Akhirnya cerita lebih kurang sama, pencen lucut uniform askar, sarung pulak uniform pak guard!! Bezanya dulu pakai AUG Styer. Pencen duty pakai cota, yang ok sikit pakai senapang GAJAH!!

Sampai bile...?

(bersambung)