Saturday, May 28, 2011

TAHNIAH ‘ 1 ANGKATAN, TETAP GAGAH TETAP SETIA’

Selamat menyambut hari ulang tahun Tentera Darat yang ke 78 tahun. Setiap kali tanggal 3 mac pada setiap tahun, tentera darat akan menyambutnya dengan penuh kemeriahan dan adat istiadat ketenteraan. Sejak awal penubuhannya, tentera darat telah banyak melakar kejayaan demi kejayaan, tidak kiralah dari era perang dunia kedua, era konfratasi, era menentang komunis dan sebagainya, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga tentera darat.

Pada 3 mac 2011 yang lalu tentera darat sekali lagi melakar perubahan, dengan cogan kata yang terbaru “1 Angkatan, Tetap Gagah, Tetap Setia”. Tahniah sekali lagi diucapkan, tetapi adakah ia memadai dengan perubahan dari segi cogan kata ataupun slogan sahaja? Memang tidak dinafikan ada perubahan yang telah berlaku didalam organisasi tentera darat, tetapi tidak semuanya dan semestinya tidak mencapai ketahap yang sewajarnya.
Sabagai organisasi yang telah lama dan berpengalaman, adakah organisasi ini boleh mendabik dada bahawa ia adalah organisasi yang  telah mencapai ketahap yang terbaik sekali? Seperti yang kita ketahui Polis Diraja Malaysia baru-baru ini telah menyambut hari ulang tahun yang ke 204, yang mana kita lihat PDRM adalah organisasi yang lebih lama tertubuh dan semestinya ia lebih berpengalaman dan berpengatahuan.
Sejak awal penubuhanya, seperti juga tentera darat, sudah semestinya Polis Diraja Malaysia juga telah banyak mencapai kejayaan. Tidak kiralah dari apa aspek sekalipun, Polis Diraja Malaysia memang telah terbukti sebagai organisasi yang paling disegani dan digeruni. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga PDRM.
Apa yang lebih membanggakan lagi, apabila sebuah organisasi yang telah berusia 204 tahun ini, sudi dan bersedia untuk membuat perubahan mengikut zaman dan kesesuaian waktu. Mereka langsung tidak mendabik dada dan tida ego, ini telah terbukti apabila tertubuhnya Suruhanjaya Penambahbaikkan Polis Diraja Malaysia.
Penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan menambah baik lagi organisasi yang telah berusia beratus tahun ini, untuk lebih dihormati dan lebih relevan mengikut zaman. Apa yang diperkatakan ini bukanlah untuk memburuk-burukkan mana-mana organisasi, tetapi ianya harus dibincangkan untuk menjadi lebih baik lagi.
Tentera Darat yang baru berusia 78 tahun, adakah wajar anda mengatakan organisasi anda adalah yang terbaik sekali. Kita boleh lihat dalam banyak jabatan kerajaan, organisasi tenteralah yang paling kuno dan bermasalah sekali khususnya tentera darat. Tidak kiralah dari aspek pentadbiran, logistik, undang-undang yang diguna pakai dan sebagainya. Apabila didedahkan kepada media dan orang ramai, kononnya tenteralah yang terbaik sekali, baru sahaja buat rumah atau membaik pulih rumah keluarga dah mencanang kononnya kebajikan warga tentera dijaga. Itu yang didedahkan, bagaimana pula yang tidak didedahkan.
Baru-baru ini Menteri Dalam Negeri Dato Hishamudin dan Menteri Pertahanan memberi ruang kepada semua bekas tentera untuk menyetai PDRM, ramai warga tentera yang masih berkhidmat juga, jika diberi peluang mereka pun mahu menukar perkhidmatan.
Kerana itu kita boleh lihat berapa ramai anggota tentera yang lari tidak hadir tanpa cuti (THTC), yang berhenti separuh jalan dan sebagainya. Ada juga anggota yang mahu berhenti dengan cara baik, tetapi tidak diluluskan, kerana terlalu bosan yang meluap-luap ada juga anggota tentera yang sanggup untuk melakukan jenayah semata-mata mahu menamatkan perkhidmatan mereka.
Memang mereka akan ditamatkan perkhidmatan, tetapi bagaimana masa depan mereka yang telah disenarai hitamkan. Kebanyakkan mereka yang menyertai tentera ini adalah pilihan terakhir ataupun tersalah jalan, akhirnya ada yang menyesal. Kenapa dan mengapa ini berlaku? Adakah pihak yang bertanggungjawab didalam organisasi ini memandang perkara ini dan mengkajinya, ataupun pihak yang berwajib hanya tutup sebelah mata. Baru-baru ini, sempena manyambut hari ulang tahun 8 Briged, Panglima 8 Bgd telah menegur tentang disiplin dan masalah yang semakin teruk didalam organisasi tentera darat. Mengapa ini berlaku? Ada puncanya.
Kebanyakan rakan taulan saya yang berkhidmat, rata-rata menyuarakan ketidak puasan hati dan bosan dengan pentadbiran tentera darat. Ada yang sudah tidak boleh ikut kehendak perkhidmatan, tetapi dipaksa dan terpaksa melakukannya. Oleh kerana itu ada yang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan mereka boleh berhenti dari perkhidmatan.
Ini terbukti, seorang rakan saya yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan (Mindef), unit tidak perlu didedahkan, semasa sedang bertugas, dia dengan sengaja mencuri barang yang ditinggalkan oleh salah seorang kakitangan dari pejabat terbabit. Sedangkan dia tahu, bahawa disekitar kawasan pejabat itu bersepah cctv atau dikenali kemera litar tertutup. Kalau difikirkan secara waras, orang gile pun takda bodoh macam tu.. Tapi atas sebab yang tertentu dia sanggup melakukan perkara yang dianggap bodoh.
Dia sempat berbual dengan saya sebelum kejadian, aku dah fedap nak kerja ni, menyesal aku masuk tentera.. tak kesahlah apa yang jadi, janji aku boleh berhenti..! seorang lagi rakan saya yang berkhidmat di sebuah kem yang terletak di Lembah Kelang, pun begitu juga. Atas sebab mahu melepaskan diri dari kongkongan tentera, dia sanggup mengambil dadah semata-mata mahu menamatkan perkhidmatan..! akhirnya dia ditamatkan perkhidmatan kerana disahkan positif dadah semasa ujian air kencing.
Sampai bila hendak jadi seperti ini, ada juga rakan saya yang terus menghilangkan diri secara THTC, kerana permohonannya untuk berhenti secara terhormat ditolak mentah-mentah. Kalau orang dah taknak kerja, buat apa disimpan, jika dipaksa pun kerjanya bukan mencapai ketahap yang dikehendaki, akhirnya mulalah buat hal.. Akta Angkatan Tentera (AAT) 1972, yang sudah lapuk ditelan zaman, yang dah tidak sesuai untuk diguna pakai perlu dibubar atau digubal semula, kaji balik akta itu, bukan pakai bulat-bulat akta yang dibuat oleh British kurun kemurun itu. Akta Angkatan Tentera 1972, samalah seperti akta ISA.. dah tidak relevan dan disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menganayai orang lain. Ramai anggota tentera yang ditindas dengan akta AAT 1972... (bersambung)

No comments:

Post a Comment